Thursday, January 3, 2013

Terima aku seadanya


Bukan aku yang tak tahu. 
Aku sedar aku begitu. 
Tapi hey, kau kata kau cinta. 
Mengapa kau asyik bersuara?

  Terima aku seadanya... aku yakin,ini frasa ayat yang menjadi trend orang yang bercinta, telah bercinta, atau sedang mahu bercinta. Memang betul, kita nih..kalau dah bercinta,niat mahu hidup bersama till jannah gitew. Tapi Come on lah, nak till jannah macam mana kalau kau suruh pasangan kau tu terima kau seadanya. Baik pun telan...buruk pun telan. Boleh masuk syurga macam tu?

 Buruk yang aku maksudkan itu bukan buruk fizikal. Buruk perangai.. contoh, mulut lazer, pemarah, pengampu, pencuri, pengumpat, pedendam dan lain-lain. Negatif kan? Sebabnya aku selalu dengar cerita sama ada dari mulut telinga, mahupun dari nukilan bloggers.. Kau marah bila pasangan kau pertikaikan perangai kau, sedangkan apa yang kau buat tu memang salah, dan kau masih klaim yang pasangan kau tak terima kau seadanya. 

 Iye betul, perlu terima seadanya....tapi pasangan yang berlawanan tu.Tolong sedar, yang diri tu memang tak sempurna..so "aku kena jadi lebih baik". Ini, bila ditegur...kau marah. Bagi aku, frasa ayat tu memang tak boleh nak guna sngt lah... sebab aku hanya akan berkata pada orang yg minta aku terima dia seadanya tu dengan syarat dia berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kalu tak ada niat untuk berubah, jangan harap untuk orang lain terima kau seadanya. Damn, emo plak aku.... padahal,just terbaca ayat twitt kawan2 aje pun. puii...

"terima aku seadanya (sahaja) maksudnya aku nih jenis tak sedar diri, dan aku tak nak berubah, sila faham yang aku ni bodoh sombong"






4 comments:

  1. Ramai yang mahu pasangan mereka berubah tapi bukan diri sendiri..tegur pasangan supaya berhenti merokok..bila pasangan tegur supaya berhenti beli kasut melenting pula..sama juga bila tegur pasangan berkawan dengan lelaki tapi bila ditegur lagatnya terhadap kawan perempuannya melenting pula. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la... tak ramai org yg akan terus terima teguran.Mula-mula mesti melenting juga kan? Ye la, selama ni kita rasa betul..elok je. Well mungkin tidak di mata orang lain.

      Delete
  2. terima seadanya tu mungkin part- fizikal, harta kekayaan. yelah.. tapi kalau dari segi sikap.. tak relavan lah nak terima seadanya.. kalau dah penagih dadah.. kejadah nak terima dia seadanya.. tu bunuh diri namanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...