Thursday, October 4, 2012

suck it and see it. party hard

 Salam readers, Aku dah start sem baru,dan alhamdulillah rasa lebih bersemangat.Muahaha..Maklum lah, baru topup kasih sayang time balik hari tu kan? haha. Ok2...hari ni bukan nak bercerita pasal jiwang-jiwang or lovey-lovey.Tapi pasal party. Bukan Parti Politik tuh.. kalau ade yang nk baca pasal politik, pergi lah blog lain ye. Ok je.. Aku nak cerita kat sini, pasal parti yang kita selalu buat tu la.. macam birthday party tuh.

 Di Malaysia, kalau sebut aje parti.. rasenye tak ada beza sangat kot dengan budaya baratnye. Ada makan-makan, muzik-muzik kuat, game-game sikit kan? Ada parti yang liar, ade jugak parti yang behave. Ada yang kalau tok imam join pun tok imam tak marah, dan ada yang sebaliknya. Tapi yakin, bagi sesiapa yang sampai ke jepun, belajar kat sini ke..kerja kat sini ke.. susah sekali anda nak tengok anak-anak muda kat sini buat parti liar. Memang tak ade.

 Di Jepun, kalau disebut parti ataupun lebih dikenali sebagai "nomikai"...kau akan makan, minum2, dan bercakap-cakap. itu je la.. Sebenarnya, ia lebih kepada keluar dinner sama2.Tapi kalau biasa kau dinner rm10, hari tu mgkin kaun dinner rm50 agaknya. Sebab ape? minum-minum lah! Ya Minum Sake (arak jepun) @ beer! Tapi aku takde lah pulak nak minum-minum kejadah tu semua kan? abes2 pun aku minum jus aje la..

 Bagi kita yang tak minum ni, adui la... bosan giler. Setakat keluar makan2 gitu je.. Dah la lepas tu, bayaran mknn tu di bahagikan samarata.. kurang adil la kan? haaa.. Tapi, apa yang bagusnye.. behave. Aku suka part behave tu. Bising pun, tak kacaw orang.. tak ganggu jiran. Yang lagi bagusnya, tengah-tengah mabuk tu pun dieorg boleh lagi bersih-bersihkan tempat party (kalau buat kat dewan la). Respek lah jugak.. berhibur macam mana pun, tanggungjawab tu tetap tak tinggal. Kita, ade? takdenyeeee.. Sambut Maulidur rasul pun lah, sampah berterabur mcm hujan sampah.

 Eh, melalut ke sampah pulak.. ok2.. Jepun nih, negara yang serba pelik. Ntah le.. aku pun tak tahu,haha. Maklum lah, kita dah buat kawan.. selalu la mereka akan ajak ke parti. Lagi-lagi kalau dah bekerja. Phew.. kalau tak pandai mengelak, duit simpanan memang habis kat situ aje la.

4 comments:

  1. oh... macam tu ka???

    tapi dlm tv lain eh...?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ooo dua-dua tu arak yang diperbuat dr beras.Soju tu arak beras korea...sake tu arak beras jepun. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...