Friday, July 6, 2012

Konsert band-band Malaysia sangat SUCK.SERIUSLY

 Oh ya,assalamualaikum.Ya,aku peminat muzik tanah air.. dan dengan fenomena yg dimana, semua rakyat malaysia berduyun-duyun nak jadi artis pun aku tak terlepas. Eh,bukan lah aku yg nak jadi artis tu.. Aku hidup lah time nih.. dah faham maknenye.. apa itu, ujibakat suara merdu,mentor,AF bagai tuh. Aku tahu.. dan yg paling aku suka sampai sekarang, indie band Malaysia lah.Tapi malangnya...

"muzik band kita nih hanya sedap didengar di CD atau di radio"

 Kenapa aku cakap macam tu? Kau pernah ke konsert? Ouh ya,aku pernah sekali..  Dalam CD punye sedap suara vokalisnye.. gitar mantap..sound sedap.. Tapi bila time konsert... bunyi macam orang yg lain main gitar untuk rakaman dieorang. Bukan lah aku nak kutuk hasil karya tempatan.Seriusly,aku suka.. Macam lagu-lagu dari hujan,Butterfinggers,Pop Shuvit.. tp tetap... walaupun band2 yg aku sebutkan tadi itu pun dikira band yg "besar" di malaysia.. masih x boleh perform sebijik mcm band-band orang puteh.Tak percaya, check la sendiri. Muse ke.. Greenday ke.. dan ouh ya, Band yg aku minat dari dulu smpai sekarang, Avenged Sevenfold.

 Well, banyak faktor sebenarnye yang menyebabkan performing mereka-mereka nih langsung x seindah bunyi dari CD. Name pun rakaman kan? Aku yakin sangat-sangat.. banyak berlaku "edit" pada lagu mereka. ye lah,nk bagi sedap kan? kalau tak sedap,sape nk dengar.. edit suara,edit bunyi gitar,edit segala lah.. So hasilnya,sebuah lagu yg dengarnye sedap di telinga.Sekarang nih semua boleh buat dekat laptop je kan?

 Ade lagi, mungkin kemudahan yg disediakan di stage tu tidak perfect. Noise yg terhasil banyak... bunyi bercelaru.. tak stabil.. dan last sekali.. artis itu..

"sememangnya tak melakukan sebarang persedian yg rapi"

 Please.... tolonglah,orang dah bayar tiket mahal2 nak tengok konsert rock of the world,gitar ko bunyi mcm haram je. Tapi sibuk jugak nak perform untuk konsert tu.Come on lah.. Membazir duit aku jeh.Memang lah, pergi untuk bersuka ria ,joget-joget sikit,cari awek cun.. tapi.. kalau mcm tuh performing nye, baik tak payah. dengar cd dlm kereta lagi bagus.

 Sumpah,klau aku yg nk ke konsert-konsert band malaysia nih..aku tgok dulu performing live dieorang yg lepas-lepas.. klau lagu di CD menjerit macam setan, tapi bila konsert.. hampeh..  Aku rela tak pergi. Bawah ni, band yg aku rase perlu kot band boy malaysia ambil iktibar..

"kalau nak buat sesuatu,buat betul-betul."


Monday, July 2, 2012

kau gemok boleh lah

 Aku teringat akan aduan-aduan adik aku dulu.. haha,aduan lah sangat.. Adik aku nih,badan tuh boleh tahan gemuk la jugak.. maklumlah,baru nk membesar orangnye,makan kuat. Sekarang dah nak hensem macam abang die dah.haha. Well, dia nih walaupun gemuk,habis semua sukan die nak sapu. Lumba lari 100m pun die masuk.. Yang lawaknya,bile die dapat no 3 dlm lari 100m tu,ape kawan-kawan die cakap?


"Badan mung gemok boleh lah!! "


 Dengan penuh hasad dengki agaknya.. hahaha. Aku cume nak ckp.. orang kita,macam tuh la. Suke menyalahkan sesuatu yang tak lojik salahnya. Errr faham kah? Ini contoh besar yang aku boleh bagi lah.. Rasenye semua tahu kot pasal BERSIH kan?  Berapa orang yg salahkan abam-abam polis kita? Berapa orang yg caci maki abam-abam polis kita? Berapa orang yg hilang pertimbangan, join skali pukul abam-abam polis kita? 


 Bukan lah aku membantah BERSIH tu,malahan kalau aku berpeluang,aku pun nak turut serta join. Aku sokong pergerakan revolusi ni. Dah banyak sangat aku dengar tahi orang-orang kerajaan yg buat,tapi ditutup mata oleh sebelah pihak. Tak suci dah Tanah Tumpah Darah Ku ni. Tapi fikirlah sendiri, Polis-polis tu hanyalah orang suruhan kerajaan. ORANG SURUHAN YANG MENCARI MAKAN UNTUK ANAK BINI DIEORANG. Aku seriusly tak faham dengan perangai "orang kita" yang terlalu cepat emosi. Kau marah polis,kau caci maki polis... Gua tanya lu.. Kalau BAPAK ngan TOK lu POLIS, orang caci maki dieorang kau marah tak? Orang pukul dieorang kau marah tak?


 Ye,aku tahu,ade polis mulakan percikkan api dulu kan? Ada yg menyamar... Aku pun tak tahu lah sngt psl tu. Tapi, itu mereka yg memang berniat untuk buat. Anda yg mulanya mahu berdemo dengan aman,tapi selepas itu turut serta ikut mereka,kenapa? Berapa ramai yang ikut? See? Orang kita kalah dengan emosi.. Then kau salahkan sesama sendiri,bukan nk cari salah sendiri. 


"AMARAH KAU TU,BUAT KAU TAK LAYAK UNTUK BERDEMO"

#better duduk rumah marah orang-orang yg bakal tarik kau ke neraka nnt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...