Thursday, February 9, 2012

Burger tepi jalan dan Burger McD

 Salam readers-readers sekalian.cewahhh.. mcm ramai lah pulak readers aku kan? Baca status fb sorang mamat nih.Buat aku terfikir akan sesuatu..

"pemikiran rakyat kita"

 Aku suka topik nih,sebab satu je.. aku sekarang berada di negara yang moral rakyatnya ternyata lebih tinggi dari kita,dan bijak. Nak bandingkan dengan Malaysian? macam burger tepi jalan dengan burger mcD la.. sama-sama burger,tapi rasa dan kualiti berbeza.

 Taknaklah sentuh banyak topik,nantikan takde yang nak bace pulak kan? Cuba fikir satu perkara,mcm mana rakyat kita berhadapan dengan masalah harga barang yang semakin naik. Fikir lagi..

"Harga barang selalu naik,tapi kita tetap boros"

 Tak setuju?Kau tengok lah sendiri...contoh yang paling kecil lah.. ada satu kedai runcit,yang barang-barangnya mahal giler..Tapi orang-orang kawasan perumahan itu kekal macam tuh jugak. Masih jugak beli barang di kedai yang sama.Alasan,satu tu je kedai kat situ..kedai lain jauh.So,klau aku sebagai tauke kedai pun,ape aku kesah kan? jual 2kali ganda drpd harga sebenar pun orang datang beli jugak. Takde ape yg hendak dirisaukan.

 Itu contoh kedai runcit.Tapi yang lain? memang harga brg naik.Tapi klau kau berjimat.. no hal la. Contohnya,bawak bekal nasik ke pejabat ke,air ke, beli brg scra pukal ke... Bayangkan sajalah kalau sepinggan nasi goreng pun dah boleh cecah 5 ringgit. Sedangkan kalau kau masak sendiri,ntah-ntah baru 2 ringgit kosnya.

"kurang bijak,tapi bodoh lebih"

 Nak tahu kenapa? Sebab setiap kali barang naik... kau hanya mampu merungut dengan bangangnya. betul kan? Memang betul,kos hidup di Malaysia boleh dikatakan lebih tinggi daripada hidup di jepun.Serius,aku tak tipu.Tapi,kalau pengguna yang tak beli? nak tak nak..peniaga kena mengalah la kan?takkan nak stay pada harga yang sama. sape nak beli?

"tapi,macam ni lah kita"

1 comment:

  1. yup, betul tu. tiap hari merungut, mahal. mahal. mahal. tapi still pegi beli jugak. adehhh -.-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...